Majlis Pelantikan Penasihat & Pelancaran Perkhidmatan Ambulans BSMM Negeri Kelantan

Majlis Pelantikan Penasihat BSMM Kelantan untuk YM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Faisal telah berlangsung pada 29 Februari 2020 bertempat di Ibu Pejabat BSMM Negeri Kelantan.
 
Beliau juga telah merasmikan majlis pelancaran Perkhidmatan Ambulans BSMM Negeri Kelantan bagi memperluaskan perkhidmatan ambulans BSMM kepada masyarakat Negeri Kelantan.
 
Hadir pada majlis tersebut juga, adalah Ahli-ahli Panel Penasihat BSMM Negeri Kelantan antara Tan Sri Sharifah Zarah dan Dato’ Wan Ali serta Ahli Jawatankuasa BSMM Negeri Kelantan yang diketuai oleh Tuan Ghazali Tuan Long, Pengerusi BSMM Kelantan.
 
Seramai 30 orang sukarelawan terlibat menjayakan Majlis ini termasuk pasukan “Volunteers on Wheels”.