Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
https://www.facebook.com/share/p/1BpodqTDTx/Image attachment

1 Ogos – Program Pemukiman Strategik Pegawai-Pegawai PBS BSMM Kelantan berlangsung dengan jayanya di Taman Rekreasi & Chalet Baroqah, Bachok.

Program ini menghimpunkan para pegawai PBS bagi memperkukuh pengurusan dan pentadbiran organisasi, meningkatkan kemahiran pertolongan cemas, CPR dan usungan, serta memperkasa semangat kerja berpasukan.

Turut diisi dengan sesi pengenalan penyelesaian konflik, penghayatan Tujuh Prinsip Bulan Sabit Merah, perancangan aktiviti serta penyelarasan takwim Unit PBS bagi memastikan gerak kerja organisasi lebih tersusun dan berkesan.

#bsmmkelantan
#bsmm #kelantan
#unitedinhumanity
See MoreSee Less

Comment on Facebook

Tahniah BSMM Kelantan

22 Julai – Majlis Penghargaan Petugas Perkhemahan Perdana BSMM Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan kemesraan sebagai tanda terima kasih kepada seluruh petugas yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan komitmen sepanjang menjayakan Perkhemahan Perdana 2026.

Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati ini merupakan simbol penghargaan atas dedikasi semua urusetia, fasilitator dan sukarelawan yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan program berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat.

#BSMMKELANTAN
#bsmm #kelantan
#UnitedInHumanity
#perkhemahanperdanabsmm2026
See MoreSee Less

Comment on Facebook

Tahniah Dan syabas atas kejayaan perkhemahan Kali ini 2026…terima kasih tak terhingga utk semua petugas Dan urusetia serta pegawai2 tertinggi atas komitmen,masa Dan tenaga yg dicurahkan…khidmat utk semua.

Hahhaahhahahaaha.nya Mari dop ingat langsung majlis marin.huhuhuhu.begaduh belorak nga kijoang.maah la wei.isi ggf tapi dok gi.

Tahniah pada semua petugas sukarelawan BSMM Negeri Kelantan… Kalian memang terbaik…

22 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa Negeri BSMM Kelantan Bil. 2/2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan laporan pentadbiran, kewangan serta perkembangan aktiviti setiap daerah dan cabang, di samping merancang hala tuju organisasi demi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kemanusiaan kepada masyarakat.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memperkasakan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan.

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Negeri yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung.

#BSMMKELANTAN
#bsmm #kelantan
#UnitedInHumanity
See MoreSee Less

1 month ago

Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan

17 Julai – BSMM Negeri Kelantan berbesar hati menerima lawatan daripada rombongan BSMM Negeri Kedah ke Ibu Pejabat Negeri BSMM Kelantan.

Lawatan ini turut diisi dengan sesi pembentangan dan perkongsian aktiviti serta pengurusan organisasi di negeri masing-masing sebagai usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negeri.

Semoga silaturahim dan perkongsian ilmu ini memberi manfaat dalam memperkasakan lagi gerak kerja kemanusiaan BSMM. ❤️🤍

#BSMMKELANTAN #bsmm
#kelantan #UnitedInHumanity
See MoreSee Less

Comment on Facebook

Terima kasih BSMM Kelantan ❤️❤️

Video Program Jejak Atma Rimba 2026 di Bukit Marak, Bachok.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Yusizurin selaku guide hiking yang sentiasa membimbing serta memastikan pendakian berjalan dengan lancar dan selamat.

Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Jelawat atas kerjasama dan komitmen dalam menjaga keselamatan peserta sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform membudayakan gaya hidup sihat, mencintai alam sekitar serta mengukuhkan silaturahim. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jejak Atma Rimba 2026.

#BSMMKELANTAN #bsmm
#kelantan #UnitedInHumanity
#atmarimba2026
See MoreSee Less

11 Jun – Program Jejak Atma Rimba 2026 di Bukit Marak, Bachok. Pendakian yang bukan sekadar menguji ketahanan fizikal, malah menjadi ruang mengeratkan ukhuwah, membina semangat berpasukan dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Yusizurin selaku guide hiking yang sentiasa membimbing serta memastikan pendakian berjalan dengan lancar dan selamat.

Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Jelawat atas kerjasama dan komitmen dalam menjaga keselamatan peserta sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform membudayakan gaya hidup sihat, mencintai alam sekitar serta mengukuhkan silaturahim. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jejak Atma Rimba 2026.

#BSMMKELANTAN #bsmm
#kelantan #UnitedInHumanity
#atmarimba2026
See MoreSee Less

4 Hari Lagi Program Jejak Atma Rimba

Setiap langkah bakal menjadi sebuah pengalaman, setiap cabaran bakal membentuk kekuatan, dan setiap detik bakal mencipta kenangan yang sukar dilupakan.

#BSMMKELANTAN
#bsmm #kelantan
#UnitedInHumanity
See MoreSee Less

3-4 Julai – Sukarelawan BSMM Kelantan berpeluang kembali ke Kampung Bahagia, Kuala Krai bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem penapis air yang telah dimanfaatkan oleh komuniti kampung sejak tahun 2016.

Penapis air ini dibina susulan tragedi banjir besar pada tahun 2014 sebagai usaha membantu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk.

Syukur, sehingga hari ini kemudahan tersebut masih memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan menjadi antara bukti komitmen berterusan BSMM dalam misi kemanusiaan.

Dalam lawatan ini, turut diadakan sesi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk yang dikendalikan oleh Pengerusi BSMM Negeri Kelantan.

#BSMMKELANTAN #wash
#BAMM #kelantan
#UnitedInHumanity
#kampungbahagiakualakrai
See MoreSee Less

Load more